suria

PM Serah Jalur Gemilang Kepada Kontinjen Olimpik

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua Kontinjen Malaysia ke Olimpik London, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang turut disaksikan oleh (dari kanan) Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S. Subramaniam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada upacara penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik dan Paralimpik 2012 London di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, Rabu. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik dalam satu majlis ringkas di bangunan Perdana Putra di sini Rabu.

Bendera tersebut akan digunakan semasa majlis perasmian Olimpik pada 27 Julai.

Penerjun negara Pandelela Rinong, yang merupakan pembawa bendera, menerima bendera daripada Najib yang disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, anggota Kabinet dan Ketua Misi Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Najib berkata, seluruh negara berada di belakang atlet dan berdoa untuk kejayaan mereka.

"Kita tidak mungkin tidak berada di situ secara fizikal tetapi anda boleh yakin bahawa 27.5 juta rakyat Malaysia akan mendoakan untuk anda," katanya.

Artikel Lain