Kanak-Kanak 2 Tahun Alami Kesan Gigitan, Luka Dipercayai Didera Ibu Bapa - Semasa | mStar

Kanak-Kanak 2 Tahun Alami Kesan Gigitan, Luka Dipercayai Didera Ibu Bapa

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mengalami kesan gigitan dan luka di seluruh badannya dipercayai akibat didera ibu bapa kandungnya di rumah mereka di Chui Chak, Langkap dekat sini.

Kanak-kanak malang itu dibawa ke klinik apabila bapa mangsa mendapati anaknya mengalami keguguran rambut, dan apabila diperiksa kanak-kanak berkenaan mempunyai kesan lebam, luka dan gigitan di seluruh badannya.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kie yang melawat mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini berkata kanak-kanak itu kemudiannya dimasukkan ke hospital berkenaan pada 19 Mei lepas untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

"Pada tubuh kanak-kanak itu ada luka lama dan baru...ibu saudaranya selama ini tidak perasan kesan luka berkenaan kerana kanak-kanak itu selalu dipakaikan baju berlengan panjang, seluar panjang. Ini dipercayai dilakukan supaya orang lain tidak sedar kesan luka itu," katanya kepada pemberita di HRPB pada Jumaat.

Beliau berkata sebelum itu, ibu terbabit yang merupakan warga Vietnam cuba menahan suaminya daripada membawa kanak-kanak itu ke klinik bagaimanapun si suami tetap bertegas.

Ibu dan bapa kandung mangsa yang berkahwin melalui ejen mencari jodoh, tinggal bersama kanak-kanak malang itu serta anak sulung berusia tiga tahun, katanya.

Heng berkata anak sulung lelaki mereka turut dibawa ke HRPB pada 20 Mei untuk diperiksa dan pihak hospital mendapati tiada kesan deraan pada fizikalnya. "Pihak HRPB telah memberi rawatan, pemeriksaan kesihatan dan perlindungan kepada kedua-dua kanak-kanak itu...kanak-kanak itu kini sedang sembuh dan keadaannya adalah baik...siasatan mengenai kes itu juga sedang dijalankan oleh pihak polis," katanya.

Katanya sebarang keputusan Jabatan Kebajikan Masyarakat berhubung penempatan dua kanak-kanak itu sama ada diserahkan kepada penjaga atau saudara, adalah dibuat atas dasar penjagaan dan kebajikan yang terbaik untuk mereka.

Heng berkata kes itu dipercayai yang pertama berlaku di Perak tahun ini. Beliau berkata 1,518 kes penderaan dilaporkan sejak 2005 sehingga hari ini dengan Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 432, Johor (183), Pulau Pinang dan Kuala Lumpur (145).

Pada tahun ini, sebanyak 70 kes penderaan telah dilaporkan setakat ini di mana Selangor merekodkan 19 kes, 18 kes di Johor dan enam kes di Pulau Pinang.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang ketika dihubungi berkata ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang masing-masing berusia 25 tahun dan 49 tahun telah direman sehingga esok mulai 21 Mei lepas dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Perlindungan Kanak-kanak 2001.

Laporan polis mengenai kejadian itu dibuat oleh ibu saudaranya di Balai Polis Chui Chak pada 19 Mei lepas, katanya. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.