suria

Individu Simbah Cat Di Pejabat Umno Hulu Terengganu Belum Ditahan

KUALA TERENGGANU: Polis masih mengesan individu yang menyimbah cat pada bangunan Umno di Hulu Terengganu dan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong pada Selasa lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata pihaknya masih gagal mendapatkan sebarang petunjuk berhubung perkara itu.

"Kita masih menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut dan setakat ini pihak polis belum membuat tangkapan kerana tidak menjumpai sebarang petunjuk berhubung individu tersebut," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau tidak menolak kemungkinan perbuatan itu berunsur khianat.

Jamshah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu segera tampil bagi membantu siasatan polis. - BERNAMA

Artikel Lain