Pengawal Keselamatan Didakwa Cederakan Lelaki Guna Topi Keledar - Semasa | mStar

Pengawal Keselamatan Didakwa Cederakan Lelaki Guna Topi Keledar

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, terhadap tuduhan mencederakan seorang lelaki dengan menggunakan topi keledar Rabu lepas.

Wan Abd Razak Abu Salam, 30, didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera kepada Mohd Farid Muzamer, 26, di No. 18, 7 Eleven Jalan Megan Setapak, Taman Sri Rampai, Wangsa Maju, Sentul di sini pada 8.30 pagi, 30 November lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Azura Murah kemudiannya menetapkan 16 Januari depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap Wan Abd Razak, sementara menunggu laporan perubatan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Zulkifli Osman. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Pendaftaran Haji Kini Menerusi ATM

Artikel Berikut

Pergolakan DAP P.Pinang Jadi Semakin Menarik

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel