Kerajaan Tentu Hala Tuju Infrastruktur Kenderaan Elektrik - Semasa | mStar

Kerajaan Tentu Hala Tuju Infrastruktur Kenderaan Elektrik

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah membangunkan hala tuju Infrastruktur Kenderaan Elektrik di bawah program "Fleet Test Vehicle" (FTV) di Putrajaya dan Cyberjaya, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon.

Beliau berkata, pelaksanaan FTV akan menjadi penanda aras dalam membangunkan pelan strategik dan rangka kerja bagi memperluaskan penggunaan kenderaan hibrid dan elektrik di Malaysia.

"Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi memperluaskan lagi penggunaan kenderaan elektrik di dalam negara," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Yunus Kurus.

Yunus ingin tahu sama ada kerajaan bercadang mengurangkan lagi Harga Atas Jalan (OTR) bagi kenderaan hibrid dan elektrik selaras dengan Dasar Teknologi Hijau Negara bagi menjadikan kenderaan itu lebih berdaya saing dari segi harga dan mampu milik.

Menurut Noriah, salah satu aspek yang akan diteliti dalam penyediaan pelan berkenaan ialah strategi yang akan membolehkan kenderaan hibrid dan elektrik mampu dimiliki oleh rakyat.

Katanya, antara strategi yang sedang dirangka termasuk penetapan tarif rendah untuk mengecas kenderaan hibrid dan elektrik, keutamaan untuk ruang parkir, skim pinjaman dengan kadar faedah rendah untuk pembelian bateri, tempoh pinjaman lebih lama serta lain-lain kemudahan dan insentif yang akan dikenal pasti dan dipertimbangkan kelak.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan telah melanjutkan pengecualian cukai import dan eksais ke atas motosikal dan kereta hibrid serta elektrik sehingga 31 Dis 2013 sewaktu pembentangan Belanjawan 2012 pada Oktober lepas.

Katanya, dengan pengecualian itu, harga kereta hibrid dan elektrik di pasaran tempatan telahpun menurun dan ini telah membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memilikinya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Kerajaan Sedia Hadapi Gelombang Kedua Banjir

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

RUM Cadang KTMB Dijadikan Agensi Kerajaan

default image

Naib Presiden Pas Nafi Nik Aziz Nazak

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain