suria

Polis Tahan Dua Suspek Kes Pecah Rumah Wartawan

IPOH: Polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes pecah masuk rumah termasuk di rumah seorang wartawan sambilan Bernama setelah menahan dua lelaki di Chemor di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata selain menahan kedua-dua lelaki itu berusia 20 tahun ditahan pada 6 pagi tadi, polis menemui beberapa barang dipercayai dicuri.

Katanya kedua-dua lelaki itu ditahan reman lima hari untuk siasatan lanjut.

Dalam kejadian pada Khamis lepas, wartawan sambilan Bernama, Tajul Safuan Abu Hassan, 40, mengalami kerugian hampir RM5,000 selepas rumahnya di Taman Meru Permai di sini dimasuki pencuri.

Antara barang yang dilarikan ialah komputer riba, telefon bimbit, kamera dan wang tunai.

Seorang jiran beliau, Idham Legiman, 22, pula kehilangan sebuah motosikal bernilai RM3,000. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain