suria

KeTTHA Sedia Surat Arahan Laksana Suhu Minimum

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sedang menyediakan Surat Arahan garis panduan penetapan suhu minimum 24 darjah celsius di semua bangunan kerajaan dan agensi di bawahnya.

Timbalan Menteri berkenaan Noriah Kasnon berkata, Surat Arahan itu menetapkan ruang yang boleh diselaraskan suhunya seperti ruang pejabat, bilik pegawai, bilik mesyuarat, lobi dan koridor.

"Di samping itu, Surat Arahan ini juga bersetuju ruang kritikal tertentu memerlukan penetapan suhu khusus seperti dewan bedah, unit rawatan rapi, makmal bilik peralatan mekanikal, ruang menempatkan perkakasan teknologi maklumat seperti bilik server,” katanya ketika menjawab soalan Dr. Mujahid Yusof Rawa (Pas-Parit Buntar) di Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Dr. Mujahid bertanya mengenai langkah kerajaan bagi memastikan semua bangunan kerajaan menggunakan suhu pendingin hawa minimum 24 darjah celsius bagi menjimatkan tenaga. -BERNAMA

Artikel Lain