suria

Taib Mahmud Nafi Miliki Akaun Bank Switzerland

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Rabu menafikan dakwaan oleh Dana Bruno Manser (BMF) bahawa kerajaan Switzerland sedang menyiasat aset beliau di bank Swiss.

Taib berkata dia tidak mempunyai sebarang aset, akaun rahsia, pelaburan mahupun seumpamanya di bank Swiss.

Menurutnya beliau telah menulis surat kepada Presiden Switzerland, Micheline Calmy-Ray bulan lalu untuk mengesahkan sama ada beliaui ada mengarahkan pihak berkuasa Swiss menyiasatnya berhubung dakwaan BMF atau membekalkan salinan permohonan tersebut supaya beliau mendapatkan nasihat perundangan.

“Saya berjanji akan memberi kerjasama penuh kepada kerajaan Switzerland supaya mereka membongkarkan kebenaran sekaligus menutup laporan yang berniat jahat terhadapnya,” katanya memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak ketika membuat penjelasan mengenai isu dakwaan rasuah terhadapnya di sini, pagi Rabu.

Jelasnya, tuduhan BMF tersebut benar-benar palsu dan bermotifkan politik.

Taib berkata, BMF mempunyai rekod membuat tuduhan palsu yang cuba menjatuhkan kerajaan negeri.

“Tuduhan palsu BMF tentang asert saya di Switzerland adalah kesinambungan daripada usaha jahat mereka untuk mencemarkan nama pemimpin dan kerajaan negeri,” katanya.

Pada 9 Jun, Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed menyatakan bahawa suruhanjaya itu sedang menyiasat Taib atas dakwaan rasuah balak.

Beliau menjawab pertanyaan sama ada SPRM akan mengambil tindakan seperti Agensi Anti-Rasuah Switzerland, di mana aset Taib dibekukan atas dakwaan rasuah balak.

Menurut laporan berita asing, Micheline Calmy-Rey berkata bahawa beliau menyedari dakwaan itu dan mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawalan, Lembaga Pengawasan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) untuk tujuan siasatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain