Lelaki OKU Hilang Selepas Keluar Rumah - Semasa | mStar

Lelaki OKU Hilang Selepas Keluar Rumah

JERLUN: Seorang lelaki kelainan upaya (OKU), Mohd Fikril Munir Mohd Yusoff, 25, dari Kampung Pida Tiga, Air Hitam dekat sini, hilang sejak 25 Mei lalu selepas keluar dari rumahnya.

Bapanya, Mohd Yusoff Saidin, 55, berkata dia dan isteri, Che Embun Mustafa, 50, menyedari kehilangan anak ketiga mereka itu selepas waktu maghrib pada hari sama apabila anaknya itu tidak pulang ke rumah.

"Kebiasaanya Mohd Fikril keluar rumah merayau-rayau sekitar pekan Air Hitam dan Kuala Kedah dengan menunggang basikal dan akan pulang sebelum waktu maghrib.

"Saya bimbang kerana anak saya tidak boleh makan sendiri kerana keadaan fizikalnya tidak stabil," katanya.

Mohd Yusoff membuat satu laporan di Balai Polis Jitra sehari selepas kehilangan anaknya itu.

Orang ramai yang menpunyai maklumat mengenai Mohd Fikril boleh menghubungi Mohd Yusoff di talian 013-5229103 atau menghubungi Balai Polis Jitra di talian 04-9172222. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain