suria

Interaksi Secara Langsung Dengan Khairy Di Yahoo! Malaysia 11.30 Pagi Ini

PETALING JAYA: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin merupakan pemimpin politik Malaysia kedua yang akan muncul secara langsung dalam segmen 'Question Time' di laman web interaktif Yahoo! Malaysia pukul 11.30 pagi Khamis.

Tokoh politik muda itu akan memperuntukkan masa kira-kira sejam bersama editor Yahoo! Malaysia yang akan bertindak selaku fasilitator semasa sesi berkenaan.

Pengarang Negara Yahoo! Malaysia, S Vicknesan berkata, ia adalah peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi terus dengan Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau dan menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Soalan kepada Khairy boleh diajukan dalam bahasa Inggeris dan Malaysia tetapi mesti ringkas dan relevan dengan topik yang dibincangkan," katanya di sini.

Orang ramai boleh melayari http://my.news.yahoo.com/questiontime untuk tujuan itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain