Malaysia Dan Arab Saudi Meterai Perjanjian Bidang Keselamatan - Semasa | mStar

Malaysia Dan Arab Saudi Meterai Perjanjian Bidang Keselamatan

KLUANG: Malaysia akan memeterai perjanjian kerjasama dalam bidang keselamatan dengan Arab Saudi di Riyadh pada 26 April ini dengan tujuan menangani isu-isu keselamatan global.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau akan menandatangani perjanjian itu bagi pihak Malaysia manakala Arab Saudi diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri Kedua Putera Nayef Abdulaziz Al-Saud, yang juga Menteri Dalam Negeri.

"Perjanjian kerjasama itu akan membantu memerangi akvitivi yang boleh menjejaskan keselamatan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara-negara lain, memandangkan kita semua tinggal dalam dunia tanpa sempadan," katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra pemimpin bersama badan bukan kerajaan (NGO) di Dewan Undangan Negeri Paloh, di sini, Sabtu.

Hishammuddin juga berkata pihaknya sentiasa memantau perkembangan aktiviti ajaran sesat di negara ini khususnya kegiatan Al-Arqam yang diharamkan.

"Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan sekiranya aktiviti itu mengancam keselamatan negara serta menjejaskan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain