suria

Bapa Dan Anak Maut Dalam Kemalangan Di Baling

BALING: Dua beranak maut dalam kemalangan di jalan Simpang Empat Telok Pendiat ke Jalan Carok Nau pada pukul 10.30 pagi ini ketika mereka dalam perjalanan ke Hospital Daerah Baling.

Mohammad Fahin Afdal Yahya, 2, maut di tempat kejadian manakala bapanya Yahya Md Daud, 39, yang memandu kenderaan Proton Wira meninggal dunia di hospital tersebut pada pukul 1.30 petang ini.

Sementara isteri Yahya, Rosnani Abu Bakar, 30, cedera parah dan seorang lagi anak mereka Mohd Faiz Yahyan, 5, turut menerima rawatan.

Mereka dari Kampung Tanah Periok, Kupang dalam perjalanan ke hospital untuk mendapat rawatan bagi Mohammad Fahin yang menghidap asma.

Ketua Polis Daerah Baling, Supritendan Mat Daud Mat Hasan berkata kereta yang dipandu Yahya bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan. - BERNAMA

Artikel Lain