suria

PRK TENANG: Cikgu Mala Kini Tak Pakai Sarung Tangan

LABIS: Calon PAS, Normala Sudirman berkata, beliau kini tidak lagi berterusan memakai sarung tangan sewaktu berkempen bertemu pengundi bukan Islam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kerana ramai yang semakin memahami hukum seorang wanita bersalaman dengan bukan muhrim.

Ini katanya adalah hasil penerangan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) khususnya dalam sesi ceramah dan bertemu pengundi kepada masyarakat bukan Islam.

Bagaimanapun, kata calon yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mala itu, beliau fleksibel dan bergantung kepada keadaan dan keperluan.

“Sewaktu berkempen, pengundi bukan Islam menghormati saya sebagai wanita Islam yang perlu menjaga adab pergaulan terutama dalam soal bersalaman dengan lelaki bukan Islam atau bukan muhrim. “Ia hasil penerangan pimpinan PR dan mereka nampaknya faham berhubung isu itu. Sesama Islam kalau bukan muhrim juga tidak boleh bersalam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Redong pada Khamis. Justeru, beliau melihat isu itu tidak perlu lagi dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

“Isu penduduk setempat yang lebih penting untuk dibawa ke sidang DUN, bukan isu sebegitu,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain