Datuk Nadzim Johan Nyaris Dipenjara - Semasa | mStar

Datuk Nadzim Johan Nyaris Dipenjara

PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi di sini mengeluarkan perintah pengkomitan (perintah untuk menghantar ke penjara) selama sebulan terhadap Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan kerana gagal memfailkan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan Enam Bulan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia.

Bagaimanapun, Nadzim masih tidak perlu menjalani hukuman penjara selepas peguamnya Pritam Singh mendapatkan perintah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara yang dibuat secara lisan di Mahkamah Tinggi pada hari yang sama.

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh jabatan itu pada Rabu, perintah tersebut dikeluarkan pada 14 Januari lalu, selepas Penolong Kanan Pendaftar Bahagian Kebankrapan, Rozianti Mohamed Hanaphi membenarkan permohonan yang dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Muttaqin Rabbani Abdullah.

Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 38(1)(b) Akta Kebankrapan 1967 kerana mendakwa Nadzim yang telah diisytiharkan bankrap gagal mematuhi kehendak undang-undang untuk berbuat demikian walaupun notis amaran telah dikeluarkan.

Nadzim diisytiharkan bankrap pada 9 September 1985 kerana gagal menjelaskan hutang berjumlah RM1,491,437.05.

Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan enam bulan merupakan dokumen yag menunjukkan jumlah pendapatan dan perbelanjaan bankrap yang perlu difailkan setiap enam bulan oleh si bankrap kepada Jabatan Insolvensi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Duta Besar Iran Iktiraf Umno Parti Islam

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain