suria

Jadual Penerbangan MAS Ke Jakarta Kembali Normal

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) pada Khamis mengumumkan penerbangannya dari Jakarta kini kembali mengikut jadual asal, tetapi jadual asal penerbangannya dari dan ke Yogyakarta terus dibatalkan.

Dalam kenyataan di sini, MAS berkata pihaknya membatalkan penerbangan Kuala Lumpur-Yogyakarta (MH857) dan Yogyakarta-Kuala Lumpur (MH856) hingga 15 Nov, manakala penerbangan yang dibatalkan hingga hari ini ialah Kuala Lumpur-Bandung (MH859) dan Bandung-Kuala Lumpur (MH858).

Penumpang yang menempah tiket bagi penerbangan ke Yogyakarta dari Kuala Lumpur boleh menukar tiket untuk terbang ke Surabaya dan sebaliknya, tetapi sebarang urusan daratan mereka tidak ditanggung oleh syarikat penerbangan itu, kata kenyataan tersebut.

Katanya penumpang juga boleh mendapatkan pulangan bayaran tambang, bergantung pada terma dan syarat tiket yang telah dibeli atau menukar perjalanan dengan penerbangaan berikutnya, tidak lewat daripada 30 Nov.

MAS menasihati penumpang supaya menyemak status penerbangan masing-masing dengan melayari www.malaysiaairlines.com sebelum ke lapangan terbang.

Mereka juga boleh berbuat demikian dengan menghubungi Pusat Panggilan MAS melalui talian 1300-88-3000 (di Malaysia) dan +603-7843 3000 (di luar Malaysia) atau pejabat jualan tiket syarikat itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain