suria

Kerajaan Kedah Diminta Kecualikan Cukai Pintu Dan Tanah Kepada Mangsa Banjir

ALOR SETAR: Pemuda Parti Gerakan Kedah memohon kerajaan PAS Kedah memberi pengecualian cukai pintu dan cukai tanah bagi tempoh setahun di kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir sekarang.

Ketuanya Tan Keng Liang berkata langkah itu secara tidak langsung akan membantu memulihkan sektor pertanian negeri dan meringankan beban pemilik rumah serta dapat membantu peniaga yang terpaksa menanggung kerugian besar dalam banjir kali ini yang teruk melanda Kedah.

Beliau berharap Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menerima cadangan itu dan membuat pengumuman mengenainya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang bermula minggu hadapan.

Tan berkata pemilik ladang pertanian dan sawah padi turut harus diberikan pengecualian cukai itu.

Lebih 40,000 orang telah dipindahkan ke tempat selamat apabila banjir melanda beberapa daerah di utara Kedah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain