suria

Gunung Merapi Meletus Lagi

PAGAI UTARA: Indonesia dicabar dengan bencana berganda pada Sabtu, apabila bilangan korban tsunami bertambah sebanyak 400 orang dan gunung berapi paling aktif di gugusan kepulauan itu meletus sekali lagi, mencetuskan panik dan abu di sekitar kawasan luas berkenaan.

Para penyelamat bergelut dengan cuaca buruk dan kekurangan logistik bagi menghantar bantuan kepada pulau-pulau terpencil di pinggir semenanjung Sumatera apabila gempa bumi kuat mengakibatkan tsunami, Isnin lalu dan memusnahkan perkampungan serta mengorbankan sekurang-kurangnya 408 orang.

Ratusan kilometer di timur pulau Jawa, Gunung Merapi kembali aktif sekitar 1 pagi dalam letusan terbaru sejak mengorbankan 34 orang pada Selasa.

Kedua-dua bencana berkenaan menjejaskan lebih 60,000 penduduk termasuk 13,000 di kepulauan Mentawai dan kira-kira 50,000 lagi di Jawa tengah di mana zon larangan sepanjang 10 kilometer dipasang sekitar gunung berapi tersebut. - AP

(LAGI BERITA MENYUSUL)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain