suria

PLUS: Laluan Kecemasan Hanya Akan Dibuka Atas Arahan Polis

PETALING JAYA: PLUS Expressways Berhad menegaskan, penggunaan laluan kecemasan di semua tujuh kawasan sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan hanya akan diaktifkan dengan arahan pihak polis sahaja.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Nik Airina Nik Jaffar berkata, PLUS telah membuat persediaan untuk melaksanakan arahan itu dari jam 11 pagi hingga 11 malam mulai 9 September hingga 19 September pada beberapa kawasan terpilih jika terdapat keperluan tersebut.

“Yang pasti pegawai trafik dan kakitangan PLUS akan di tempatkan pada setiap permulaan laluan kecemasan yang dibuka kepada laluan kenderaan jika ia dilaksanakan," kata Nik Airina.

Beliau menambah, PLUS telah mengenalpasti beberapa laluan yang berpotensi berlaku “bottleneck” di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan berdasarkan pengalaman sepanjang musim perayaan yang lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain