suria

Rozali Kekal Yang Dipertua DPMMS

SHAH ALAM: Tan Sri Rozali Ismail kekal sebagai Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Selangor (DPMMS) buat penggal ke-tiga berturut-turut selepas diumumkan menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung DPMMS di sini hari ini.

Rozali mulai memegang jawatan itu sejak 2002.

Selain Rozali, turut menang tanpa bertanding pada pemilihan anggota jawatankuasa DPMMS kali ini ialah Timbalan Yang Dipertua, Datuk Mohd Karim Abdullah Omar dan Naib Yang Dipertua, Datuk Mohd Said Mat Saman.

Selain itu, seorang muka baru terpilih sebagai anggota jawatankuasa pada pemilihan kali ini iaitu Kamarul Zaman Mohamad. Pemilihan bagi ahli jawatankuasa DPMMS itu di adakan tiga tahun sekali. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain