Mekanisme Harga Petrol: Kerajaan Mahu Pandangan Semua Pihak - Semasa | mStar

Mekanisme Harga Petrol: Kerajaan Mahu Pandangan Semua Pihak

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan mekanisme harga petrol yang akan diumumkan pada pertengahan bulan depan menggembirakan semua pihak.

Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap semua pihak tidak percaya dengan spekulasi kerana ia akan hanya merugikan pengguna itu sendiri.

"Tunggu pengumuman yang menggembirakan. Saya tidak boleh umumkan lagi. Apa yang boleh dikatakan kita sedang berbincang dan kerajaan sedia mendengar cadangan dan pandangan semua pihak," katanya selepas merasmikan pertandingan kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia 2010 anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandangan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) yang melahirkan kebimbingan terhadap mekanisma harga petrol baru dengan menggunakan Mykad yang dilaporkan dalam The Star hari ini.

Dalam laporan itu, PDAM mendakwa mekanisme tersebut akan membebankan penguasaha stesen minyak kerana ia akan melibatkan kos tambahan.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, pihaknya belum mengadakan perbincangan dengan PDAM kerana mekanisme mengenai harga petrol itu masih belum dimuktamadkan lagi.

Berhubung kerisauan yang disuarakan oleh PDAM, beliau berkata: “Tak perlu risau. Dia risau kepada sesuatu yang belum berlaku, itu masalahnya.”

Mengenai spekulasi harga minyak akan naik 10 sen dalam masa terdekat, Ismail berkata, perkara tersebut tidak dapat dipastikan kerana harga petrol di negara ini ditentukan oleh harga petrol dunia

"Saya tak tahu bila akan naik. Kalau harga minyak dunia meningkat, kita terpaksa naikkan harganya. Bila harga akan naik saya tidak tahu kerana semua bergantung kepada pasaran.

"Setakat ini kita belum umumkan lagi. Minyak kita masih disubsidi sebanyak 30 sen oleh pihak kerajaan," katanya.

Pelaksanaan dua harga petrol untuk rakyat tempatan dan bukan warganegara akan bermula 1 Mei ini bagi memastikan bantuan subsidi bahan api itu sampai kepada golongan sasaran.

Sebelum ini kerajaan memutuskan bahawa harga petrol subsidi hanya diberikan kepada rakyat tempatan yang menggunakan kenderaan mengikut kapasiti enjin ditetapkan.

Katanya, bagi rakyat tempatan yang enjin kenderaan mereka melebihi had kapasiti yang ditetapkan, golongan itu akan membayar harga petrol mengikut harga pam tanpa subsidi.

Subsidi petrol akan dikekalkan walaupun selepas 1 Mei untuk kumpulan sasaran iaitu warganegara yang berpendapatan rendah dengan menggunakan MyKad.

Sementara itu, Ismail berkata, Akta Perlindungan Pengguna 1999 akan dipinda dan dibentangkan di Parlimen pada bulan Mac ini.

"Kita akan mewujudkan satu jawatankuasa pemantauan kepada pengiklanan dalam akta itu sendiri. Ini kerana banyak iklan yang mengelirukan pengguna di negara kita.

"Saya akan lantik satu jawatankuasa untuk memantau dan menerima aduan mengenai iklan-iklan ini,” katanya.

Mengenai kenaikan harga barang sempena perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, Ismail berkata, pihaknya tidak menerima apa-apa aduan mengenainya setakat ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pemuda Ditugaskan Cungkil Idea Generasi Muda

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain