suria

Pemohon Rayuan Permit Masuk Diminta Hubungi Segera KDN

KUALA LUMPUR: Pemohon-pemohon Rayuan Permit Masuk diminta menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan segera bagi urusan tapisan keselamatan.

Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, KDN telah cuba menghubungi pemohon-pemohon terbabit di alamat terakhir yang diberikan namun gagal.

Sehubungan itu, pemohon permit diminta menghubungi KDN selewat-lewatnya 15 Januari ini sekiranya tidak mahu permohonan mereka dibatalkan.

Para pemohon diminta menghubungi KDN di talian 03-88863164 atau 03-88863163. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain