suria

Firefly Mohon Maaf Kelewatan Penerbangan Pada Aidiladha

KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan Firefly hari ini memohon maaf kepada semua penumpangnya di atas kelewatan perkhidmatan penerbangan sepanjang sambutan Hari Raya Aidiladha ini akibat kerosakan teknikal sebuah pesawat yang mengambil masa dua hari untuk dibaiki.

Pengarah Pengurusan Firefly, Eddy Leong berkata kerosakan itu tidak besar tetapi proses mengenal pasti kerosakan yang dialami mengambil masa lama ekoran perlu menunggu alat ganti tertentu dari luar negara manakala pesawat gantian juga mengalami kerosakan kecil pada Jumaat namun berjaya dibaik pulih segera.

"Pesawat yang mengalami kerosakan teknikal dan masalah kecil yang berlaku pada pesawat gantian malangnya telah memberikan kesan secara langsung kepada jadual penerbangan menyebabkan kesemuanya mengalami kelewatan. "Kami memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas dan memberikan jaminan kepada para penumpang bahawa Firefly mengamalkan standard keselamatan yang tinggi iaitu pesawat yang mengalami kerosakan tidak akan dibenarkan beroperasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Firelfy berterima kasih kepada semua penumpang atas sokongan dan kesabaran mereka serta memahami kesulitan yang dialami ketika kelewatan itu.

Orang ramai yang ingin membuat sebarang pertanyaan atau memerlukan sebarang bantuan, boleh menghubungi pusat panggilan syarikat di nombor telefon 03-7845 4543 atau emel di [email protected], katanya. BERNAMA

Artikel Lain