Kerajaan akan terus bela kebajikan penjawat awam - Najib - Semasa | mStar

Kerajaan akan terus bela kebajikan penjawat awam - Najib

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus membela kebajikan penjawat awam di negara ini.

Beliau berkata bagaimanapun segala langkah yang diambil dalam membela nasib penjawat awam akan mengikut kemampuan yang ada pada kerajaan.

"Bila saya buat tinjauan mesra walkabout, bila saya perkenalkan Rakyat Didahulukan (ia) termasuk juga penjawat awam, kita akan bela dengan kemampuan yang ada pada kerajaan," katanya pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata sebagai contoh, dalam lawatannya ke kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabtu lepas, beliau sedih melihat nasib petugas jabatan itu yang hidup dalam kuarters yang daif.

"JKR yang buat bangunan untuk orang lain tetapi kakitangannya ada yang tinggal dalam rumah sebilik, ada yang tambah bilik sendiri. Saya kira ini tak boleh dipertahankan, saya kata buat projek baru, dan akan dijalankan," katanya.

Najib berkata pada perhimpunan pagi ini beliau mendapati penjawat awam telah menunjukkan satu perubahan kecil iaitu ketepatan yang baik apabila sampai tepat pada waktunya sebelum perhimpunan bermula.

"Apabila saya sampai di sini, tiga minit lebih awal daripada jadual, saya tidak lihat seorang pun penjawat awam yang masih mendaki bukit, bererti walaupun pada bulan Ramadan, tuan-tuan dan puan-puan telah menunjukkan ketepatan yang baik.

"Itu satu perubahan yang saya dapat lihat. Tahniah saya ucapkan," katanya.

Perdana Menteri berkata Umat Islam perlu menghayati keistimewaan bulan Ramadan dan menjadikannya sebagai tarbiah atau latihan amali yang boleh membentuk kekuatan dalaman diri untuk melakukan perubahan.

"Apabila ditekankan perubahan, ini bukan perkara baru dan ia sudah dituntut oleh agama kita iaitu sesuatu yang boleh membawa kejayaan yang besar kepada negara.

"Dan marilah kita sempena perhimpunan hari ini, melihat bagaimana kita boleh melakukan perubahan sekali lagi, perubahan kepada negara kita, transformasi yang ingin kita lihat," katanya.

Sementara itu, Najib berkata Islam adalah agama untuk manusia sejagat yang menekankan prinsip keadilan sosial dan saling menghormati antara agama dan kaum lain.

Beliau berkata jika umat Islam melaksanakan prinsip itu, agama dan umat Islam akan lebih dihormati dan Malaysia akan menjadi lambang model negara Islam yang berjaya.

Najib berkata Islam adalah agama untuk semua dalam erti kata menegakkan keadilan sosial secara sejagat atau universal dan ini ada kaitan dengan konsep 1Malaysia.

Agama Islam juga mengajar umatnya agar tidak membenci kepada sesuatu kaum sehingga tidak berlaku adil kepada kaum itu dan Islam juga mengingatkan umatnya supaya jangan mencerca agama lain, katanya.

Perdana Menteri berkata perhimpunan kali ini mempunyai tiga keistimewaan iaitu diadakan pada bulan Ramadan, berlangsung pada hari Nuzul Al-Quran iaitu pada hari ini dan negara menyambut kemerdekaan ke-52 pada bulan puasa iaitu seminggu lepas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain