suria

Barang seludup RM7 juta dirampas di Perak tahun ini

IPOH: Kastam Negeri Perak berjaya mematahkan cubaan menyeludup pelbagai jenis barang bernilai RM7 juta dengan cukai taksiran bernilai RM16.2 juta sepanjang tempoh antara Januari dan Jun tahun ini, kata Pengarahnya Datuk Dzulkarnain Abdul Rahim.

Beliau berkata antara barangan yang dirampas dalam tempoh itu ialah mercun dan bunga api bernilai RM114,008 dengan cukai RM74,105.40, minuman keras RM360,953.59 (cukai RM741,049.51), rokok gudang garam RM3.2 juta (cukai RM10.4 juta), kenderaan yang membawa eksibit RM1.14 juta, kereta RM970,000 (cukai RM1.7 juta), motosikal RM39,500 (cukai RM33,40.55), beras RM1,152.50, peralatan telekomunikasi RM75,800 (cukai RM7,470) dan barangbarang lain (seperti baju, kain batik, susu, gandum) bernilai RM244.020.30 dengan nilai cukai RM414,727.57.

Dalam tempoh itu dua lelaki berusia lingkungan 20an turut ditahan kerana terbabit dalam kegiatan penyeludupan minuman keras dan rokok, katanya pada satu persidangan akhbar di sini hari ini.

Bagaimanapun menurutnya keduadua mereka dibebaskan dengan ikat jamin RM35,000 serta seorang penjamin, dan kes itu sedang disiasat mengiktu Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967.

Dzulkarnain seterusnya meminta orang ramai memberi kerjasama kepada Jabatan Kastam dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan yang diketahui kepada pihaknya dengan menelefon 055274322 atau menghubungi talian bebas tol Kastam 1-800-88-88-55. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain