suria

Abdullah kekal Ketua Umno Kepala Batas

ABDULLAH Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno memasukkan kertas undi ke dalam peti undi bagi memilih calon-calon Anggota Jawatankuasa Bahagian Kepala Batas selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno bahagian berkenaan di Pusat Budi Penyayang hari ini. - fotoBERNAMA
ABDULLAH Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno memasukkan kertas undi ke dalam peti undi bagi memilih calon-calon Anggota Jawatankuasa Bahagian Kepala Batas selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno bahagian berkenaan di Pusat Budi Penyayang hari ini. - fotoBERNAMA
ABDULLAH Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno memasukkan kertas undi ke dalam peti undi bagi memilih calon-calon Anggota Jawatankuasa Bahagian Kepala Batas selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno bahagian berkenaan di Pusat Budi Penyayang hari ini. - fotoBERNAMA

KEPALA BATAS: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menang tanpa bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Kepala Batas pada persidangan perwakilan bahagian itu di sini hari ini.

Pengumuman mengenai keputusan itu dibuat oleh Setiausaha Umno Bahagian, Datuk Ahmad Darus ketika memberi taklimat kepada perwakilan pada permulaan persidangan itu di pusat Budi Penyayang di sini.

Abdullah yang juga Presiden Umno menerima pencalonan daripada kesemua 85 cawangan di bahagian itu.

Pada persidangan yang dihadiri 450 perwakilan, empat calon masing-masing bertanding jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi dan Naib Ketua Bahagian, dua calon

Timbalan Ketua bahagian, dan 65 calon merebut jawatan anggota jawatankuasa bahagian,

Pertandingan bagi jawatan Timbalan Ketua bahagian menyaksikan penyandangnya Datuk Helmi Abdul Rashid dicabar oleh bekas Naib Ketua bahagian itu Datuk Roslan Saidin.

Empat calon merebut jawatan naib ketua bahagian pula terdiri daripada Mohamad Naser Talib, Marzuki Ibrahim, Ismail Umar dan Shariful Azhar Othman.

Pada mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri sebelum ini Ketua Wanita Zabariah Wahab, Ketua Pemuda Datuk Reezal Merican Naina Merican dan Ketua Puteri Norhasnita Musa tidak dicabar dan mengekalkan jawatan masing-masing.

Dalam pada itu, Abdullah berkata, beliau akan terus berjuang untuk memperkasa dan memartabatkan Umno walaupun tidak lagi menerajui parti itu selepas Mac ini.

Presiden Umno itu berkata, beliau akan berjuang bersama Umno bahagian Kepala Batas untuk memastikan kerjasama di kalangan anggota parti terus kukuh dan memperolehi kejayaan yang cemerlang.

Abdullah, yang menang tanpa bertanding jawatan Ketua Umno bahagian itu berkata, beliau akan terus menyuarakan pandangan dan suara akar umbi untuk kebaikan parti.

Ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas hari ini, beliau berkata, sumbangan bahagian itu dalam pembentukan dan hala tuju Umno telah terbukti dan peranan itu akan diperkukuhkan lagi selepas ini.

"Banyak orang tanya adakah ini ucapan good byesaya kepada Kepala Batas tetapi saya kata mana boleh good byekepada Kepala Batas.

"Sekarang ini, Insya-Allah saya akan ada masa yang lebih daripada dulu untuk Kepala Batas dan kita nak pastikan Kepala Batas tidak ketinggalan dan terus gagah dan kuat," katanya.

Abdullah juga melahirkan perasaan terharu dengan kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh anggota parti di bahagian itu kerana terus mencalonkan beliau sebagai ketua bahagian.

"Saya amat terharu kerana saudarasaudari telah membuat keputusan untuk saya terus menjadi Ketua Umno Kepala Batas," katanya.

Menurutnya, beliau akan berjuang bersama dengan barisan kepimpinan bahagian yang dipilih pada persidangan hari ini untuk memastikan Umno terus menjadi tunjang kepada Barisan Nasional (BN) pada masa akan datang.

Beliau turut menyorot beberapa sumbangan penting yang dibuat oleh bahagian itu selama ini antaranya mengusulkan tarikh kemerdekaan negara pada tanggal 31 Ogos 1957 dan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Artikel Lain