suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tinggal 80 mangsa berada di pusat penempatan banjir di Kedah

ALOR STAR: Sejumlah 1,185 mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini setelah keadaan semakin pulih.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kedah Zulkifli Ramli berkata bagaimanapun di daerah Bandar Baharu, jumlah mangsa meningkat kepada 80 berbanding 48 orang semalam, setelah air sungai melimpah dan menenggelamkan rumah penduduk.

"Baki 80 mangsa daripada 18 keluarga yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan itu dijangka pulang esok sekiranya cuaca baik," katanya kepada Bernama semasa dihubungi.

Zulkifli berkata empat pusat pemindahan banjir iaitu di Pokok Sena, Padang Terap, Kulim dan Yan turut ditutup.

Katanya banjir yang teruk melanda negeri ini sejak Isnin lepas menyebabkan hampir 3,000 mangsa dipindahkan ke 23 pusat pemindahan di tujuh daerah, iaitu Kota Star, Padang Terap, Kubang Pasu, Pendang, Yan, Kulim dan Bandar Baharu. BERNAMA

Artikel Lain