102 bahagian calon Najib Tengku Razaleigh masih cari sokongan - Semasa | mStar

102 bahagian calon Najib Tengku Razaleigh masih cari sokongan

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Selepas 27 pemimpin telah melayakkan diri bertanding jawatan-jawatan utama Umno, 19 yang lain masih mencari pencalonan yang mencukupi untuk turut bersaing.

Bagi jawatan presiden Umno, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kekal calon tunggal dengan mengumpulkan 102 pencalonan sehingga jam 6 petang hari ini.

Daripada 19 bakal calon berkenaan, Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menawarkan bertanding jawatan Presiden Umno masih belum memperoleh pencalonan langsung.

Semalam, Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mengulangi pendirian menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno walaupun belum mendapat sebarang pencalonan.

Beliau tetap percaya peluang untuknya bertanding masih cerah berikutan masih terdapat kira-kira dua pertiga atau 123 bahagian Umno di seluruh negara masih belum mengadakan mesyuarat.

"Saya telah nyatakan sejak awal lagi yang saya hanya menawarkan diri bertanding pada jawatan ini dan ini bukan satu pertandingan.

"Terpulang kepada perwakilan untuk memilih sesiapa sahaja yang layak tetapi saya minta perwakilan jangan takut untuk membuat keputusan untuk memilih kerana ini akan menentukan masa depan parti," katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamad pula memutuskan untuk menarik balik tawaran untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Sebaliknya beliau mengumumkan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah memperoleh sokongan terbanyak untuk kerusi Timbalan Presiden.

Nur Jazlan merupakan Ketua Umno Bahagian Pulai.

Kedua-dua Nur Jazlan dan Muhyiddin merupakan pemimpin Umno dari Johor.

Nur Jazlan yang mengumumkan pendiriannya hari ini turut menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk jawatan Presiden.

Minggu lalu ketika dihubungi mStar Online beliau masih yakin akan berpeluang untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

Nur Jazlan berkata, beliau akan menunggu sehingga minggu hadapan, apabila kira-kira tiga suku bahagian selesai bermesyuarat.

Selain Muhyiddin dua pemimpin yang menawarkan bertanding Timbalan Presiden ialah Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Sehingga kelmarin hampir dua pertiga bahagian telah mengadakan persidangan.

Bahgaian Pulai mengadakan persidangan perwakilan hari ini manakala Gua Musang minggu depan.

Malah, kelmarin ketika persidangan perwakilan bahagian masuk minggu ketiga, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sudah layak untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.

Ahli Parlimen Rembau itu setakat ini telah menerima 44 pencalonan antaranya termasuk daripada Pemuda Bahagian Tawau, Tangga Batu, Sembrong, Sabak Bernam,Papar.

Hari ini beliau mendapat satu lagi pencalonan daripada Umno Bahagian Kepala Batas menjadikan beliau telah berjaya mendapat sebanyak 45 pencalonan.

Bersaing sengit dengan beliau ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohammad Khir Toyo yang juga sudah melepasi kuota dan ketika ini mengatasi jumlah pencalonan Khairy iaitu sebanyak 47 pencalonan.

Ini bermakna, jawatan Ketua Pemuda akan menjadi rebutan tiga penjuru termasuk Exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir yang sudah pun memperoleh 67 pencalonan - individu pertama melayakkan diri untuk bertanding jawatan itu.

Untuk jawatan Naib Ketua Pemuda, Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim masih mengungguli persaingan itu dengan mendapat 79 pencalonan.

Calon lain untuk jawatan itu ialah, Exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican mendapat 66 pencalonan turut sama melayakkkan diri.

Nama lain yang turut dicalonkan tetapi belum memperoleh pencalonan mencukupi ialah Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Kinabalu Bahrul Razha Chuprat; Khairy; Ketua Pemuda Umno Bahagian Bagan, Marzuki Yahaya; Ketua Pemuda Umno Subang, Megat Firdaus Megat Junid dan Ketua Pemuda Umno Kapar, Faizal Abdullah.

Sementara itu, Ketua Wanita Tan Sri Rafidah Aziz merupakan antara pemimpin yang layak bertanding jawatan Ketua Wanita Umno.

Turut dicalonkan ialah Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Shahrizat juga dicalonkan untuk jawatan Naib Ketua Wanita bersama Datuk Kamilia Ibrahim.

Shahrizat layak untuk bertanding kedua-dua jawatan berkenaan.

Bagi Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pencalonan yang diperolehnya kini sudah mengatasi jumlah pencalonan ketua penerangan pergerakan itu Datuk Shahaniza Shamsuddin iaitu masing-masing memperoleh 59 dan 57 pencalonan.

Juga layak Pengerusi Biro Keahlian Puteri Umno, Datin Ismalina Ismail dengan 30 pencalonan; Setiausaha Puteri Umno, Bibi Sharliza Mohd Khalid, Ketua Puteri Umno Pulau Pinang, Azlina Mehtab Mohd Ishaq dan ketua Puteri Umno Terengganu Senator Nordiana Shafie.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain