10 penyokong Hindraf dibebaskan dengan jaminan polis - Semasa | mStar

10 penyokong Hindraf dibebaskan dengan jaminan polis

PUTRAJAYA: Sepuluh penyokong Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang ditahan reman kerana berhimpun di hadapan pejabat Perdana Menteri Khamis lepas, dibebaskan semalam dengan jaminan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman yang mengesahkan pembebasan lapan lelaki dan dua wanita itu berkata, mereka perlu melaporkan diri semula pada 25 Nov depan.

Gobind Singh Deo, peguam yang mewakili kumpulan itu kelihatan tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya kira-kira pukul 11 pagi semalam, diiringi enam peguam lain.

Yang turut mengiringi mereka adalah Anggota Parlimen Shah Alam Ir Khalid Abdul Samad, dan Anggota Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad.

Kesemua mereka dan 10 penyokong Hindraf itu dilihat keluar dari IPD Putrajaya kira-kira pukul 1.30 tengah hari semalam.

Kira-kira 50 orang penyokong termasuk keluarga kumpulan tersebut berkumpul di luar IPD sejak pagi semalam lagi.

Pada 23 Okt lepas, sebelas orang penyokong Hindraf yang terdiri daripada lapan lelaki dan tiga perempuan ditahan kira-kira pukul 3.30 petang semalam selepas mereka dikatakan cuba menyerahkan memorandum ke pejabat Perdana Menteri bagi mendesak agar lima anggota Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dibebaskan sebelum perayaan Deepavali yang disambut hari ini.

Kumpulan itu turut menggunakan seorang kanakkanak perempuan berumur enam tahun untuk membawa poster bagi memperjuangkan agenda mereka.

Tiga hari lepas, salah seorang penyokong Hindraf, K Shanty dibebaskan juga dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain