suria

Penyampai radio dipecat kerana celupar

DUBAI: Akibat tidak pandai menjaga hati pendengar, seorang penyampai sebuah stesen radio di sini hilang pekerjaan.

Revin John diminta melepaskan jawatannya kerana "berkelakuan tidak senonoh semasa ke udara", lapor Arabian Business, yang memetik kenyataan pengurus besar Arab Radio Network (ARN) Mahmoud Al-Rasheed.

Penyampai radio itu dilaporkan mencetuskan kemarahan pendengar apabila beliau membaca rencana sebuah akhbar Amerika yang dikatakan tidak menghormati agama semasa mengendalikan rancangan kelolaannya.

Al-Rasheed berkata insiden itu tidak langsung mencerminkan pendapat, nilai atau standard ARN dan menyifatkannya sebagai "kesalahan seorang daripada petugas kami".

"Sejajar dengan komitmen kami untuk menghormati pendengar, kami berpendapat penyampai berkenaan patut dipecat," kata Al-Rasheed seperti yang dilapor portal berita perniagaan itu.

Beliau berkata ARN adalah sebuah syarikat yang menghormati budaya dan tradisi semua agama.

Berasal dari Afrika Selatan, John berpindah ke Dubai dari Los Angeles pada Januari lepas untuk bertugas di stesen Virgin Radio, demikian menurut laporan itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain