Habuan seks sedekah di Perak ahli perniagaan hadapi tuduhan - Semasa | mStar

Habuan seks sedekah di Perak ahli perniagaan hadapi tuduhan

[DIKEMAS KINI] IPOH: Isu seks "sedekah" timbul semula hari ini dengan seorang ahli perniagaan, yang pernah mengaku kepada Jabatan Agam Islam Perak bahawa dia mengadakan hubungan seks dengan wanita China sebagai habuan, pagi ini menafikan tuduhan melakukan kesalahan tersebut.

Fairul Azrim Ismail, 30, yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan ke atasnya.

Fairul dituduh menerima habuan rasuah seks daripada Mohamad Imran Abdullah di bilik 401, Tingkat Empat, Sri Sayang Apartment, Jalan Batu Feringghi, Pulau Pinang pada 14 Ogos lalu, kira-kira pukul 8.10 malam.

Habuan itu didakwa diberikan untuk membantu Mohamad Imran memperoleh projek pembangunan bersama di Bandar Baru Seri Iskandar melibatkan Majlis Daerah Perak Tengah.

Tuduhan dikenakan di bawah Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan jika sabit kesalahan Fairul boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai habuan ataupun RM10,000 atau kadar mana yang paling tinggi.

Fairul, dari Bota, merupakan individu keenam dikenakan tuduhan berhubung projek tersebut yang bernilai RM180 juta.

BEBAS DENGAN JAMINAN

Hakim Rasidah Chik membenarkan Fairul dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM3,000 serta membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah (BPR), How Mei Ling supaya kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Sesyen 3.

Pemindahan itu bagi membolehkan kes tersebut dibicarakan serentak dengan kes rasuah berkaitan yang membabitkan empat lagi tertuduh termasuk dua Anggota Exco Kerajaan Negeri Perak.

Hakim Mahkamah Sesyen 3, Tan Hooi Ling kemudian bersetuju menetapkan kes itu dibicara bersama dengan kes rasuah berkaitan iaitu pada 10, 11 dan 12 Februari depan.

Tertuduh diwakili oleh peguam Mohd Asri Othman.

Kira-kira sebulan selepas lima orang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ipoh, Fairul yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah, mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China.

Pengakuan itu dibuat di Jabatan Agama Islam Perak pada 23 September lalu.

Fairul bagaimanapun mendakwa dia telah diperangkap oleh BPR dan Mohamad Imran.

Dia mengaku melakukan seks dengan wanita itu tetapi mendakwa dia tidak pernah meminta rasuah atau habuan seks.

Dia membuat pengakuan tersebut dalam surat aduannya yang diserahkan kepada jabatan itu.

Dalam surat aduannya, Fairul mendakwa, pada 14 Ogos lalu, semasa dalam perjalanan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang, dia bersama rakannya Zul Hassan dan Ruslan Sahat telah singgah di Hentian Rehat dan Rawat Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Mohamad Imran yang membawa bersama tiga wanita yang dikatakan berasal dari China.

Katanya, Mohamad Imran kemudian membawa mereka pergi ke Batu Feringghi, Pulau Pinang dan menginap di Tingkat 4, Sri Sayang Apartment.

"Saya telah diberikan seorang wanita China oleh Mohammad Imran dan pada malam tersebut saya telah melakukan hubungan seks dengan wanita itu di dalam sebuah bilik di Sri Sayang Apartment.

"Semasa dalam soal siasat saya telah diberitahu oleh pegawai BPR, perlakuan seks kami bertiga telah dirakam oleh BPR," katanya dalam surat aduan itu.

Rakannya, Zul yang ketika itu merupakan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah turut membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Perak tetapi tidak mengedarkan salinan surat aduannya kepada wartawan.

Penghujung bulan lalu kerajaan negeri telah meminta Zul melepaskan kedudukannya sebagai Ahli Majlis Daerah Perak Tengah.

MENGHINA

Dalam surat aduan itu juga, Fairul yang dilepaskan oleh BPR dengan ikat jamin pada 21 Ogos lalu, turut meminta Jabatan Agama Islam Perak supaya menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya.

"Saya membuat laporan ini kerana telah difitnah oleh Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar dan pegawai-pegawai agensi itu yang mengatakan saya meminta rasuah wang dan seks.

"Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China," ujarnya.

Zul pula berkata, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.

"Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?" ujarnya.

Artikel Sebelum

Gerakan anggap tidak wajar haramkan Hindraf

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain