suria

Zahidi tewaskan Azmi Khalid

PADANG BESAR: Datuk Zahidi Zainul Abidin hari ini mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Umno bahagian Padang Besar apabila menumpaskan pencabarnya, Datuk Seri Azmi Khalid dengan majoriti 19 undi.

Zahidi memperoleh 261 undi manakala Azmi yang juga Anggota Parlimen Padang Besar mendapat 242 undi.

Timbalan Ketua Umno bahagian itu dimenangi oleh bekas Ketua Pemuda Umno bahagian Padang Besar, Mohd Noor Aziz setelah menumpaskan penyandangnya, Khairi Hassan dengan majoriti 39 undi.

Mohd Noor memperoleh 271 undi manakala Khairi sebanyak 232 undi.

Sementara itu, Ketua Wanita Umno bahagian Arau, Datuk Mastika Junaidah Hussein memenangi jawatan itu tanpa bertanding.

Bagi jawatan naib ketua, Datin Seri Shamsiah Mohd Yassin yang juga isteri bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim memperoleh 210 undi, mengalahkan penyandangnya Rahmah Ali yang mendapat 153 undi. BERNAMA

Artikel Lain