suria

Agong dan Raja Permaisuri tiba di Cartagena

CARTAGENA (Sepanyol): Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah tiba di sini awal Rabu untuk melancar dan menamakan kapal selam kedua Malaysia jenis Scorpene.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut oleh Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abu Seman Yusop, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar.

Turut hadir ialah para pegawai dari Sepanyol dan wakil Navantia, syarikat pembuat kapal yang dipertanggungjawabkan membina Scorpene 2, milik Tentera Laut Diraja Malaysia.

Malaysia menempah dua kapal selam baru jenis Scorpene berharga RM3.4 bilion pada 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan rakan kongsinya dari Sepanyol, Navantia.

Majlis melancar dan menamakan kapal selam itu akan berlangsung pada Rabu di limbungan Navantia di bandar raya pelabuhan ini, yang terletak 450km dari ibu negara Sepanyol, Madrid.

Kapal selam pertama Malaysia jenis Scorpene dilancarkan di Cherbourg, Perancis, pada Oktober 2007. BERNAMA

Artikel Sebelum

Teresa saman Utusan RM30 juta

Artikel Berikut

30 maut gempa bumi dekat Lhasa

Artikel Lain