suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

11 banduan Penjara Alor Star ikuti program Jalinan Kasih Aidilfitri

ALOR STAR: Bagi sebelas banduan di Penjara Alor Star di sini sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini lebih bermakna berbanding sebelum ini apabila mereka terpilih mengikuti program Jalinan Kasih Aidilfitri.

Program anjuran pihak pengurusan penjara itu membolehkan kaum keluarga banduan berkenaan datang ke kawasan penjara untuk turut menyambut Hari Raya bersama mereka, hari ini.

Penolong Penguasa Penjara Alor Star Ahmad Omar ketika ditemui berkata program itu bertujuan membina jalinan hubungan lebih mesra antara banduan berkenaan dengan keluarga masing-masing.

Menurutnya ia bertujuan mencetuskan rasa insaf di hati banduan berkenaan, di samping memberikan peluang kepada mereka untuk memohon ampun dan maaf daripada keluarga masing-masing terhadap segala musibah yang melanda.

Norshidah Abu, 38, suri rumah dari Yan, tidak melepaskan peluang untuk membawa semua lapan anaknya bertemu dengan bapa mereka hari ini menerusi program berkenaan.

"Saya berharap suami saya insaf dengan apa yang berlaku dan tidak akan mengulangi kesilapan selepas dibebaskan kelak," katanya yang kini terpaksa memikul tanggungjawab menyara kehidupan lapan orang anak termasuk lima yang bersekolah secara sendiri. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain