suria

Kedah kekalkan kuota rumah Buimputera 50 peratus

ALOR STAR: Kerajaan negeri Kedah tetap dengan dasar baru kuota perumahan 50 peratus bagi Bumiputera di negeri itu meskipun mendapat bantahan daripada para pemaju.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri memperkenalkan dasar tersebut bagi membolehkan setiap rakyatnya berupaya memiliki rumah.

"Jika pemaju tidak gembira dengan dasar baru ini, mereka dialu-alukan kemukakan hujah mereka kepada kerajaan negeri.

"Kami mempunyai rasional memperkenalkan dasar ini dan keutamaan kami ialah memfokus mereka yang memerlukan (rumah).

"Kita hendak memastikan kesemua rakyat Kedah berupaya membeli rumah," kata beliau di sini hari ini.

Beberapa ahli politik termasuk daripada kalangan DAP dan Gerakan baru-baru ini membangkitkan rasa tidak puas hati dengan dasar baru itu, yang dikuatkuasakan 1 September lalu.

Dasar kuota sebelum ini ialah 30 peratus.

Artikel Berikut

Artikel Lain