suria

Jui Meng lancar manifesto, syor DEB disemak

KUALA LUMPUR: Datuk Chua Jui Meng yang akan bertanding jawatan Presiden MCA pada pemilihan parti bulan depan, semasa mengumumkan manifestonya hari ini, antara lain menggesa Barisan Nasional(BN) mengekalkan hanya aspek pembasmian kemiskinan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Bekas Naib Presiden MCA itu memberikan alasan bahawa selepas 38 tahun DEB diperkenalkan, golongan kelas pertengahan Melayu kini banyak dan terjamin.

"Keperluan DEB kini tidak lagi wujud, dan hak Perlembagaan semua rakyat Malaysia patut dipelihara," kata beliau semasa melancarkan manifesto itu di sini hari ini.

Beliau juga mahu Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MPEN3) ditubuhkan tahun depan bagi menangani pelbagai cabaran ekonomi.

Perkara lain yang beliau akan perjuangkan ialah mengekalkan kebebasan beragama, memulihkan kebebasan badan kehakiman dan peluang sama rata bagi pendidikan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain