suria

Wanita diberkas cuba sogok komander UPP

PADANG BESAR: Seorang wanita diberkas semalam setelah didakwa menyogok RM5,000 kepada seorang komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) semasa kedai runcitnya diserbu oleh unit itu kerana disyaki menyimpan barang kawalan untuk diseludup keluar.

Wanita tempatan berusia 52 tahun itu menawarkan apa yang dikatanya "duit raya" itu kepada ASP Janihan Nanyan, komander UPP Padang Besar, yang mengetuai serbuan pada 2.45 petang itu.

Komander UPP Perlis DSP Zakaria Abdul Rahman berkata dalam pemeriksaan di kedai itu, UPP menemui 2,763 kilogram minyak masak dan 1,368 kilogram gula yang dipercayai akan diseludup ke Thailand.

"Kita telah melakukan intipan selama dua minggu ke atas premis itu dan mendapati ia digunakan sebagai pusat transit barang kawalan itu sebelum diseludup," katanya.

Barangan kawalan yang dianggarkan bernilai RM9,091.20 itu telah dirampas manakala wanita berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain