suria

Pemilihan Pemuda Umno Bahagian dijangka hebat

KOTA BELUD: Setiausaha Pemuda Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan menjangka pertandingan hebat akan berlaku dalam persidangan perwakilan pergerakan itu di peringkat bahagian di seluruh negara bulan depan.

Katanya ini kerana setiap bahagian akan mencalonkan ketua, naib ketua dan anggota exco pergerakan itu yang baru.

"Saya juga percaya mereka telah memikirkan calon terbaik untuk dipilih di peringkat pusat menjelang pemilihan parti Disember kelak," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Abdul Rahman, yang juga Anggota Parlimen Kota Belud, berharap Pemuda akan memilih pemimpin atasan pergerakan itu berdasarkan naluri peringkat akar umbi.

"Sebagai setiausaha Pemuda Umno, saya akan memastikan pemilihan dijalankan dalam suasana telus sebagai sebuah keluarga yang harmoni," katanya.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain