Kafe Old Market Square Medan Lepak Masyarakat Kota - Jamu Selera | mStar

Kafe Old Market Square Medan Lepak Masyarakat Kota

Pengerusi Old Market Square Sdn Bhd, Datuk Abdul Ghani Abdullah. - Foto LOW BOON TAT/THE STAR.
KEUNIKAN sebuah restoran tidak hanya terletak keenakan makanannya semata-mata. Lebih-lebih lagi apabila ia dibuka sejak era sebelum negara mencapai kemerdekaan dan menyimpan sejarahnya yang tersendiri.

Terletak di tengah ibu kota, Kafe Old Market Square  ini dibuka semula selepas ditutup tahun lalu. Menyingkap sejarah pembukaannya, restoran yang berkonsepkan kedai kopi ini dibuka sejak 1928 dengan nama Restoran Sin Seng Nam. 

Ia dimiliki oleh imigran Hainan Choong Yoo Ying dan dua adiknya. Mengetengahkan menu masakan Hainan, dalam sedikit masa sahaja kedai kopi ini menjadi popular.  

Kedai kopi ini bukan hanya menjadi tempat makan, malah ia menjadi medan lepak bertemu kawan dan rakan perniagaan bagi mereka yang gemarkan suasana santai.

Pembangunan  pesat di sekeliling restoran ini tidak sedikit pun mengubah identiti kedai kopi yang terus popular dengan identiti masakan Hainan. 

yong tau fu
Yong Tau Fu antara masakan istimewa di sini. 
 

Oleh kerana lokasinya yang terletak dihadapan pejabat Majlis Peguam Malaysia, restoran tersebut turut dikunjungi oleh hakim dan peguam. Bagaimanapun selepas 85 tahun ia beroperasi, kedai ini terpaksa ditutup kerana tiada waris keluarga yang ingin meneruskan perniagaan tersebut.

Namun dek kerana minat yang mendalam terhadap suasana kedai kopi yang santai, syarikat Old Market Square Sdn Bhd, akhirnya membuat keputusan membeli kedai berkenaan dengan membuat sedikit pengubahsuaian.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Abdullah berkata kedai berkenaan merupakan satu-satunya bangunan yang masih mengekalkan reka bentuk asalnya dan kini ia berusia lebih 100 tahun.

"Saya selalu lepak di sini ketika saya berkhidmat sebagai seorang peguam. Orang Melayu, Cina dan India sering datang ke sini.

"Ada juga hakim, peguam, pekerja bank dan pegawai kerajaan datang ke sini untuk minum kopi dan lepak bersama rakan-rakan mereka," katanya.

roti bakar
Teh tarik, roti bakar dan telur setengah masak antara menu popular di kafe ini. 

Terdapat pelbagai pilihan menu yang boleh anda cuba apabila berkunjung ke sini, antaranya kopi Hailam, Hailam Cham, teh tarik, telur setengah masak, popiah, yong tau fu, mee rebus, mee hailam, rojak dan roti bakar. Paling utama harga yang ditawarkan sangat berpatutan. 

galeri sejarah
Galeri sejarah yang terdapat di Kafe Old Market Square. 

Bagi mereka yang meminati sejarah,  pemilik kedai turut menyediakan galeri sejarah di tingkat atas kedai kopi ini. Galeri ini memaparkan sejarah penubuhan Kuala Lumpur sejak era sebelum merdeka lagi.

Waktu operasi Kafe Old Market Square: Dibuka setiap hari bermula pukul 7 pagi hingga 6 petang. Ditutup pada Ahad.



Artikel Sebelum

Kisah Penangan Mi Pak Sarif

Artikel Berikut

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain