suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rusia dilanda gempa bumi, Jepun keluar amaran tsunami... Gelombang pertama setinggi 30cm tiba di timur Hokkaido

Jepun keluar amaran tsunami susulan gempa di Rusia.

JEPUN mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi berukuran 8.7 magnitud yang berlaku di timur Rusia pada Rabu.

Gempa di luar Semenanjung Kamchatka, Rusia itu turut mencetuskan arahan pemindahan di sebahagian besar pantai timur Jepun.

Agensi Meteorologi Jepun melaporkan gelombang tsunami pertama setinggi kira-kira 30 sentimeter sudah tiba di Nemuro, pesisir timur Hokkaido.

NHK pula melaporkan gelombang susulan berkemungkinan jauh lebih tinggi.

Agensi cuaca Jepun sebelum itu memberi amaran gelombang berketinggian sehingga tiga meter dijangka melanda kawasan pesisir di bahagian utara dan timur negara itu, sejauh Wakayama di selatan Osaka.

Agensi itu turut memberi amaran “tsunami akan melanda secara berulang” dan menasihatkan orang ramai agar tidak menghampiri pantai atau memasuki laut sehingga amaran ditarik balik.

Pekerja di loji nuklear Fukushima yang terjejas di timur laut Jepun turut dipindahkan, namun pengendali loji, TEPCO, menyatakan “tiada tanda luar biasa” dikesan di lokasi itu.

Sementara itu beberapa perkhidmatan kereta api juga dihentikan oleh East Japan Railway, demikian menurut agensi berita Kyodo.

Selain Jepun, gempa kuat di Rusia itu turut menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan di Hawaii. -Agensi

 

Artikel Lain