suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi baru lahir hilang 3 jari kaki gara-gara ibu tertidur guna pengering rambut

Seorang bayi perempuan mengalami kemalangan akibat pengering rambut. -Gambar hiasan

SEORANG bayi perempuan baru lahir 'hilang' tiga jari kaki selepas terkena haba pengering rambut yang digunakan ibunya untuk mengeringkan cadar anaknya itu.

Dalam kejadian itu, ibu mangsa menggunakan pengering rambut untuk mengeringkan cadar bayi perempuannya yang basah.

Bagaimanapun, wanita itu kemudian tertidur dan terlupa untuk mematikan suis pengering rambut tersebut.

Kaki bayi tersebut terdedah kepada haba yang sangat tinggi selama tiga jam.

Bayi tersebut mengalami luka yang teruk di kaki sehingga menyebabkab tiga jari terpaksa dipotong.

Kejadian malang itu berlaku pada 16 September 2023 di Taipei, Taiwan.

Ibu mangsa kemudian terjaga dan mendapati kaki anak perempuannya melepuh, dan anaknya itu kemudian dikejarkan ke hospital.

Pasukan perubatan memaklumkan bahawa luka bakar tersebut meliputi 15.5 peratus daripada kawasan permukaan badan bayi, menyebabkan kerosakan tisu yang tidak dapat dipulihkan walaupun rawatan dilakukan.

Akibatnya, ini membawa kepada pemotongan jari tengah, jari manis, dan jari kelingking pada kaki kiri bayi tersebut.

Susulan kejadian itu, ibu mangsa dijatuhi hukuman penjara selama lima bulan dan didenda AS$4,550 (RM20,220) atas kesalahan menyebabkan kecederaan kerana kecuaian. -Agensi

Artikel Lain