suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja berlumuran darah, kepala diketuk guna ‘airsoft gun’ kerana kejut sahur

Pergaduhan lazimnya terjadi disebabkan salah faham. -Gambar hiasan

SEORANG remaja berusia 17 tahun cedera selepas kepalanya diketuk  menggunakan senjata jenis 'airsoft gun' oleh seorang penduduk yang berang gara-gara tidurnya terganggu kerana dikejutkan sahur.

Kejadian berlaku di Citeureup, Bogor, Jawa Barat.

Menurut polis, mangsa bersama sekumpulan penduduk berjalan beramai-ramai untuk mengejutkan warga kampung supaya bangun bersahur.  

"Kejadian berlaku pada pagi Ahad ketika rombongan kejut sahur menghampiri kawasan rumah suspek yang dikenali sebagai H.

"Suspek didakwa melepaskan tembakan ke udara sebelum mengetuk kepala mangsa," kata Ketua Polis Citeureup, AKP Ari Nugroho.

Dalam video yang tersebar di media sosial, mangsa dilihat diusung beberapa individu untuk dibawa ke hospital dengan keadaan kepalanya berlumuran darah.

"Setakat ini, pihak polis masih menyiasat insiden ini. Hasil siasatan awal menunjukkan kemungkinan ia berkaitan dengan gangguan bunyi atau perkara lain," kata Ari.

Suspek kini sudah ditahan polis manakala mangsa masih dirawat di hospital. -Agensi

 

Artikel Lain