suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja restoran sorok kamera dalam tandas, intai pelanggan wanita ‘lepas hajat’

Pekerja restoran ditahan atas dakwaan meletakkan kamera di dalam tandas. -Gambar hiasan

SEORANG pelanggan restoran terkejut apabila menyedari terdapat sebuah kamera tersembunyi yang diletakkan di dalam tandas perempuan di premis itu. 

Wanita itu melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis pada Sabtu setelah menyedari kewujudan peranti tersebut.  

Bertindak atas laporan yang dibuat, pihak berkuasa kemudiannya menahan seorang pekerja restoran pada hari yang sama bagi membantu siasatan.  

Suspek yang ditahan merupakan seorang lelaki berusia 40 tahun.  

Dia disyaki sengaja meletakkan kamera di sudut tersembunyi untuk merakam aksi pelanggan wanita yang sedang menggunakan tandas.

Kejadian ini berlaku di sebuah restoran yang terletak di Jalan Man Ying, Jordan, Hong Kong.  

Di wilayah berkenaan, perbuatan seperti ini dianggap serius dan boleh membawa hukuman penjara maksimum lima tahun jika disabitkan kesalahan. – Agensi.

 

Artikel Lain