suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas rogol budak 3 tahun lepas umpan gula-gula… Doktor sahkan ada kecederaan pada alat sulit

Mangsa rogol biasanya mengalami trauma berpanjangan dalam hidup mereka. -Gambar hiasan

SEORANG warga emas ditahan pada Sabtu atas dakwaan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

Suspek lelaki yang berusia 63 tahun dari Khulna, Bangladesh itu didakwa merogol mangsa pada petang Rabu lalu.

Menurut laporan, suspek merogol kanak-kanak itu selepas mengajaknya masuk ke bilik untuk mengambil gula-gula.

Pada awalnya, keluarga mangsa cuba menyembunyikan kejadian itu.

Namun, mangsa terpaksa dibawa ke hospital pada Jumaat selepas keadaan kesihatannya merosot.

Pegawai perubatan di Kompleks Kesihatan Fakirhat Upazila, Dr Fatema Azad, mengesahkan mangsa mengalami kecederaan di alat sulitnya.

"Kecederaan ditemui pada bahagian kemaluan kanak-kanak itu. Dia dirujuk ke Pusat OCC di Hospital Kolej Perubatan Khulna untuk rawatan lanjut," ujarnya.

Sehingga kini, pihak berkuasa belum mendedahkan hubungan antara suspek dan mangsa. - Agensi

Artikel Lain