suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai kanan polis maut ditembak selepas pulang dari masjid

Serangan di selatan Thailand sering dikaitkan dengan konflik berterusan antara kerajaan dan kumpulan pemberontak di kawasan tersebut. -Gambar hiasan

SEORANG pegawai kanan polis mati ditembak selepas pulang dari menunaikan solat di masjid.

Mangsa, Leftenan Muhammad Azan Jamae, 58, dilaporkan diserang hendap oleh lebih daripada seorang penyerang yang menunggang motosikal.

Menurut saksi, ketika kejadian yang berlaku pada Khamis (27 Februari), mangsa diserang di luar rumahnya di Ban Kalupe, Sai Buri, Pattani.

Mangsa yang rebah kerana mengalami kecederaan parah segera dikejarkan ke Hospital Yupracha Sai Buri oleh jiran dan jemaah masjid. 

Namun, petugas perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia sejurus tiba di hospital.

Insiden tersebut menjadi serangan berdarah terbaharu di wilayah selatan Thailand yang kini sedang bergolak.

Polis sedang menyiasat kejadian tersebut dan tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan keganasan puak pemisah yang sering menyasarkan pegawai kerajaan di wilayah selatan Thailand.

Pihak berkuasa turut memperketatkan kawalan keselamatan di daerah tersebut. -Agensi

Artikel Lain