suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menyayat hati... Tiga beranak lompat depan kereta api, bunuh diri kerana masalah keluarga

Insiden menyayat hati itu berlaku antara stesen kereta api Ettumanoor dan Kottayam. -Foto Indiatoday

SEORANG wanita dan dua anak perempuannya ditemui mati di landasan kereta api, awal pagi Jumaat.

Memetik laporan Indiatoday, insiden menyayat hati itu berlaku berhampiran Ettumanoor, daerah Kottayam di Kerala, India.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Shiny Kuriakose, berusia 42 tahun, serta anak perempuannya, Aleena, 11 tahun, dan Ivana, 10 tahun. 

Kedua-dua anak mangsa merupakan pelajar di Sekolah Holy Cross, Thellakom di Kerala.

Dilaporkan, insiden itu berlaku sekitar pukul 5.30 pagi antara stesen kereta api Ettumanoor dan Kottayam. 

Menurut polis, ketiga-tiga mereka dipercayai membunuh diri dengan melompat di hadapan kereta api yang bergerak. 

Mayat tiga beranak berkenaan dihantar ke Hospital Kolej Perubatan Kottayam untuk bedah siasat.

Siasatan awal polis mendapati punca tindakan mangsa didorong oleh masalah keluarga. 

Shiny, yang tinggal berasingan dengan suaminya sejak sembilan bulan lalu, meninggalkan rumah pada waktu pagi bersama anak-anak perempuannya, dan memberitahu mahu ke gereja.

Polis kemudiannya memaklumkan keluarga mangsa mengenai kematian tiga beranak berkenaan. 

Artikel Lain