suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peniaga kedai makan bunuh diri selepas tembak bekas isteri, polis jumpa 2 mayat dalam rumah

Lokasi mangsa dipercayai ditembak suaminya di hadapan kedai serbaneka - Gambar Agensi

SEORANG lelaki menembak bekas isterinya sehingga mati sebelum dia membunuh diri pada Rabu.

Chanyut, 46, membunuh bekas isterinya, Charunee, dengan menggunakan sepucuk pistol.

Dia kemudiannya menembak diri sendiri dengan menggunakan senjata yang sama.

Mayat dua individu itu ditemukan di sebuah kediaman di Chiang Mai, Thailand.

Charunee ditemukan tertiarap di bawah meja manakala Chanyut pula mati terduduk di atas kerusi.

Menurut Balai Polis Doi Saket, siasatan awal menunjukkan motif pembunuhan dan bunuh diri mungkin berkaitan dengan pertikaian kewangan dan cemburu selepas pasangan itu berpisah.

Rakan pasangan itu mendedahkan Chanyut baru sahaja membuka kedai makan selepas berpisah dengan Charunee.

Namun, berlaku pergaduhan apabila Charunee datang berjumpa bekas suaminya untuk meminta wang. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain