suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gagal jawab soalan pihak imigresen Korea Selatan, pelancong wanita dakwa diusir balik ke negara asal

Ramai pelancong memilih Korea Selatan sebagai destinasi impian. -Gambar hiasan

SEORANG pelancong wanita dari Thailand mendakwa diusir sejurus dia tiba ke Korea Selatan.

Menerusi insiden pada Selasa, wanita itu mendakwa dihalang masuk ke negara itu selepas dia gagal menjawab soalan pihak imigresen.

Menurut wanita itu, dia disoal soalan tidak masuk akal mengenai jumlah pokok serta warna bilik di hotel penginapannya.

"Saya ditanya mengenai jumlah pokok di hotel dan warna bilik saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berkelakuan buruk di lapangan terbang, pelancong China pukul polis selepas dihalang masuk pesawat

"Saya tidak dapat menjawab dan dihantar pulang. Mereka mengatakan jawapan saya tidak jelas," ujarnya.

Wanita itu membuat perkongsian tentang pengalamannya menerusi grup Facebook Travelling to Korea by Yourself.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa simpati terhadap wanita itu.

Malah, netizen turut berang dengan tindakan pihak imigresen Korea Selatan yang didakwa melayan pelancong Thailand secara tidak adil.

Tambah wanita itu, terdapat lebih 10 pelancong lain turut berdepan mengalami nasib sama dengannya. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain