suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita hamil diserang 2 pelajar sekolah, akhirnya gugur kandungan di hospital

Wanita hamil didakwa diserang dua pelajar sekolah menengah- Gambar hiasan

SEORANG wanita hamil gugur kandungan selepas menjadi mangsa serangan dua murid sekolah menengah.

Insiden tragis berkenaan berlaku sekitar pukul 6.20 petang pada jumaat lalu di Tranent, Scotland.

Menurut laporan berita tempatan, dua pelajar sekolah menengah berpakaian uniform hitam didakwa menolak wanita hamil terbabit.

Mangsa sebelum kejadian sedang duduk di bangku sebuah perhentian bas.

Suspek kemudiannya melarikan diri sejurus melakukan tindakan yang tidak berhati perut itu.

Keesokan harinya, suami wanita berkenaan membawa mangsa ke hospital apabila isterinya mengadu sakit dan dilihat mengalami pendarahan teruk.

Lebih memilukan apabila wanita tersebut disahkan keguguran semasa berada di hospital.

Si suami yang kecewa berkongsikan kejadain itu di media sosial dan meminta keadilan untuk isterinya.

Turut disertakan dalam hantaran itu adalah pesanan kepada ibu bapa supaya mendidik anak-anak mengenai adab dan rasa hormat.

"Dengan berat hati memaklumkan bahawa isteri saya mengalami keguguran dan sedang menjalani rawatan di hospital.

"Ini pengalaman yang sangat traumatik dan menyayat hati bagi kami sekeluarga terutamanya kepada isteri dan anak-anak saya.

"Saya merayu kepada ibu bapa untuk mendidik anak tentang adab dan rasa hormat di tempat awam," katanya.

Menurut Polis Scotland, mereka menerima laporan mengenai serangan itu dan sedang menjalankan siasatan. - Mirror.UK

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain