suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ajal dalam bilik hotel, pelajar universiti ditemukan mati tergantung ketika orientasi

Seorang pekerja membuat penemuan mengejutkan di sebuah bilik hotel. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar lelaki ditemukan mati tergantung di sebuah bilik hotel.

Mangsa berusia 18 tahun itu merupakan pelajar baharu di sebuah universiti yang sedang menjalani orientasi di kampus.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah hotel di Bogor, Indonesia.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Dramaga, AKP Hartanto, yang memaklumkan insiden tersebut dilaporkan pada Selasa.

Maklumat awal diterima daripada pekerja hotel yang menjumpai mayat seorang pelajar lelaki dalam keadaan tergantung.

"Setelah tiba di lokasi kejadian, kami menemukan seorang lelaki yang disyaki membunuh diri dengan menggantung dirinya menggunakan tali yang diikat pada leher di bilik mandi hotel," ujarnya.

Mayat mangsa diserahkan ke hospital untuk bedah siasat. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain