suria

Tragedi makan tengah hari! Ugut guna pisau, mentua rogol menantu ketika anak cari kerja

Seorang wanita diperkosa oleh bapa mentua. -Gambar hiasan

SEORANG bapa mentua tergamak memperkosa menantunya di rumah ketika anak lelakinya keluar mencari kerja.

Kejadian berlaku di Bangsal, Mojokerto di Indonesia membabitkan suspek berusia 35 tahun.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Mojokerto AKP Nova Indra berkata, mangsa berusia 17 tahun, tetapi telah berkahwin dengan anak tirinya.

Menurutnya, ketika kejadian, suami mangsa sedang mencari kerja di Surabaya, manakala isteri dan anak suspek yang lain sedang bercuti.

"Jadi, keadaan di dalam rumah sunyi, hanya tinggal suspek dan mangsa,” kata Nova pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mojokerto, pada,Rabu.

Kira-kira pukul 1 petang, suspek dikatakan menghampiri mangsa yang sedang makan di biliknya.

Suspek kemudian menerjah masuk ke bilik dan mengacukan sebilah pisau di leher menantunya sebelum memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seks.

"Suspek mengugut untuk mengancam nyawa mangsa. Akibat diugut, mangsa terpaksa bersetuju dengan apa yang diminta," jelas Nova.

Mangsa kemudian mengadu mengenai perbuatan bapa mentuanya itu pada suami pada hari kejadian, sebelum melaporkannya kepada polis.

Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan.

Sebagai peringatan perbuatan merogol adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua pihak harus menjauhinya. - Detik Jatim

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain